Penggunaan dalam media pop Kepala_mufin

Pada bulan November 2007, laman sesawang BBC menerbitkan sebuah makalah yang berjudul "Is this the end of the muffin top?" ("Adakah ini merupakan keakhiran kepala mufin?"). Makalah itu memerikan arah aliran fesyen seluar dan seluar pendek pinggang tinggi serta miniskirt yang dipercayai penulisnya akan menjejaskan kepopularan kepala mufin. Bagaimanapun, Laura Craik, penyunting fesyen untuk Evening Standard di London berkata bahawa beliau tidak berpendapat bahawa kepala mufin akan pupus tetapi "mungkin akan beundur buat sementara".[5]

Satu kelainan kepala mufin ialah "Mufin Kepala Terbelah", istilah yang digunakan untuk memerikan "kepala mufin" yang dilihat dari belakang apabila seluar jean dipakai terlalu rendah sehingga mendedahkan belahan punggung.

Dalam episod sitkom NBC, 30 Rock, Jenna Maroney merakamkan lagu yang dikenali sebagai "Muffin Top" (Kepala Mufin) yang kemudian menjadi lagu terlaris di Israel dan Belgium.